Peranan lain Lalisa Manobal

Duta

Lisa merupakan model alat kosmetik jenama Moonshot di Korea Selatan dan telah menjadi duta produk tersebut di China pada 21 Mac 2018. Pada 25 Julai 2019, Lisa telah menjadi duta untuk koleksi terbaru 6 produk Moonshot yang juga mempunyai tandatangan beliau sebagai sebahagian daripada pembungkusan produk. Pada 28 Mac 2019, Lisa telah menjadi duta kepada AIS Thailand yang merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Thailand. Lisa merupakan duta termahal yang telah dipilih oleh AIS. Iklan AIS yang dibintangi Lisa juga merupakan iklan yang banyak ditonton oleh orang di Thailand. Pada 11 Mei 2019, Lisa telah menjadi duta untuk telefon bimbit Samsung Galaxy S10 di Thailand. Iklan pertama beliau dibawah produk itu telah diterbitkan pada 14 Mei 2019. Seterusnya, Lisa juga telah menjadi duta dan model untuk permainan video Ragnarok M: Eternal Love dan muncul sebagai karakter di dalam server 'Midnight Party' sejak 24 Julai 2019.

Pada Januari 2020, Lisa telah menyertai artis dibawah label yang sama iaitu Mino daripada kumpulan kpop WINNER sebagai model untuk pakai sukan jenama Adidas untuk musim 2020 dalam kategori My Shelter.

Pada Oktober 2020 lepas Lisa juga diumum kan sebagai DUTA besar bagi alat kosmetik jenama MAC Yang berasal dari Toronto,kanada

Fesyen

Pada bulan Januari 2019, Lisa menjadi inspirasi kepada Hedi Slimane iaitu pengarah seni, kreatif dan imej bagi Celine, sebuah jenama mewah Perancis dan sekarang telah menjadi Duta besar Celine.

Pada November 2019, Penshoppe telah mendedahkan bahawa Lisa telah menyertai keluarga Penshoppe sebagai duta terbaru mereka.

Lisa juga telah dipilih sebagai Duta besar Bulgari